Percubaan Kelima: Ryo Ryo telah jatuh cinta dengan guru sekelasnya, Satu hari ryo dengan secara tidak sengaja telah terlihat gurunya itu lalu mengambiol keputusan mengekorinya dari belakang tanpa di sedar oleh gurunya itu. Dia terhenti di hadapan sebuah kelab malam di mana gurunya itu telah memasuki sebuah kelab malam yang terkenal di Jepun. Yuichiro yang kebetulan melalui kawasan itu, ternampak Ryo berdiri di hadapan lalu menegurnya dan setelah di sedari oleh Ryo dia segera meningggalkan tempat itu. Yuichiro cuba mengambil peluang ini untuk mendekati Ryo. Ryo menceritakan segala perihal gurunya itu dan Yuichiro cuba menolongnya dengan menemani nya ke kelab itu dengan menggunakan penyamaran. Mereka yang tidak pernah ke kelab malam menjadi kelam kabut apabila pelayan lelaki kelab malam itu menyoal mereka. Setelah dapat memastikan yang gurunya itu benar-benar bekerja di situ, Ryo sekali lagi meinta cadangan Yuichiro bagaimana mahu menasihatkan gurunya itu supaya meninggalkan pekerjaannya itu. Rahsia Yuichiro bongkar apabila Sakura menjumpai Kad diskaun Kelab malam itu dan satu pentengkaran kecil terjadi antara pasangan suami isteri itu. Ryo kemudiannya merancang untuk ke kelab malam itu sekali lagi, dan kali ini dia nekad untuk mengheret keluar gurunya itu dari kelab malam itu. Berjayakah Ryo menasihati gurunya itu. Percubaan Keenam: Azusa Azusa yang di anggap alergik kepada lelaki telah melahirkan seorang bayi lelaki yang kini berumur lapan tahun. Dia sering mengingatkan Tsutomu bahawa dia merupakan hasil bayi tabung uji dan tiada mempunyai ayah. Namun pada satu hari Azusa tiba-tiba menjadi gelisah apabila menerima satu kad yang diberi oleh seorang lelaki yang merupakan bekas teman lelakinya pada lapan tahun dulu. Lelaki itu merupakan ayah kepada Tsutomu. Azusa sering di tanya oleh Tsutomu, mengapa dirinya tidak mempunyai ayah walaupun soalan itu sudah acapkali di dengar oleh Azusa. Namun Azusa merupakan seorang ibu yang tegas tetap menerangkan bahawa dia adalah hasil bayi tabung uji dan tidak mempunyai ayah. Tsutomu merasa kesunyian dan sering cemburu melihat kawan-kawan yang lain yang mempunyai ayah. Pada suatu malam, sedang Azusa bercakap sendirian di hadapan Tsutomu yang sedang tidur bahawa Tsutomu mempunyai ayah.. Yuichiro berjaya mencuri dengar perbualan itu dan bertanya kepada Azusa dan akhirnya Azusa mengakuinya. Untuk mengetahui perwatakan sebenar Bapa Tsutomu, Yuichiro bercadang menemuinya dengan alasan mahu berjumpa doktor gigi lalu ingin mengorek rahsia antara dirinya dan Azusa.(Bapa Tsutomu merupakan seorang doktor gigi) Pada malam itu..Yuichiro memberitahu Azusa tentang pertemuannya dengan lelaki itu lalu menyarankan agar Azusa pergi memberitahu akan kehadiran Tsutomu kepada lelaki itu. Malangnya Kaede dengan tidak sengaja terdengar perbualan itu dan telah menggemparkan seisi rumah dengan suaranya yang lantang.. Apa reaksi bapa Azusa dan seluruh ahli keluarga Arai. Percubaan Ketujuh: Hubungan Sulit Rancangan terbitan Satsuki menjadi semakin popular kerana kehadiran seorang penyanyi terkenal iaitu Sakuraba Yuichiro. Gosip antara Satsuki dan Murase yang merupakan sponsor besar pada syarikat radio itu telah tersebar luas di syarikat Radio itu. Oleh kerana khuatir akan menjatuhkan imej nya , Murase merancang untuk menggugurkan Satsuki daripada rancangan berkenaan. Bapa Satsuki menjadi berang apabila mengetahui hubungan sulit anaknya itu bersama lelaki yang sudah beristeri. Dia kemudiannya memarahi Satsuki dan menampar muka Satsuki kerana terlalu marah dengan anaknya itu. Yuichiro cuba menasihati bapa mertuanya itu namun, bapa mertuanya itu dengan cepat menjawab dengan berkata Yuichiro tidak layak mencampuri hl keluarga itu kerana dia orang luar tambahan pula sering berpura-pura di hadapan peminatnya dengan menyembunyikan identitinya yang sebenar dan diakatakan juga takut menerima kenyataan. Sedikit sebanyak ia meninggalkan kesan mendalam dalam hati Yuichiro. Akhirnya berjaya kah Yuichiro menasihati Murase dan juga memulihkan semula keluarga Arai.. Percubaan Kelapan: Saya Adalah Isteri Sakuraba Yuichiro Sakura berasa sedikit sedih apabila terpaksa merahsiakan tentang perkahwinannya dengan Sakuraba Yuichiro daripada kawan-kawan sekolahnya. Seorang kawannya memberitahu kepadanya bahawa dia ingin berkahwin dan melangsungkan majlis perkahwinannya itu di Hawaii semasa pertemuan mereka bersama dua orang lagi teman mereka. Mereka juga membincangkan bahawa seandainya berkahwin dengan artis kehidupan mereka akan menjadi tumpuan umum. Dan mungkin berbagai masalah mungkin timbul. Yuichiro juga semakin hari semakin sibuk kerana baru sahaja mengeluarkan buku gambarnya dan menjadi laris di pasaran sekarang. Di samping itu juga dia sibuk berlakon dalam filem pertamanya. Dia juga terpaksa menghadiri seisi tanda tangan bersama peminat.Tanpa di duga Kaede muncul di seisi itu dan sengaja meminta tanda tangan Yuichiro. Yuichiro menjadi bimbang kerana takut terbongkar rahsia. Sakura lebih merasa sedih apabila Yuichiro lupa akan tarikh kematian ibu mertuanya itu dan akhirnya Yuichiro di marahi oleh Kaede kerana membiarkan isterinya kesorangan dan kesepian. Di kawasan perkuburan, Sakura meluahkan segala isi hatinya di hadapan nisan ibunya itu. Dia kemudiannya menjerit memberitahu bahawa dia adalah isteri kepada Sakuraba Yuichiro setelah mendapati kawasan sekitarnya itu tiada orang.Dia seperti ingin memberitahu kepada dunia luar bahawa orang yang paling dicintainya ialah Yuu-Chan. Adakah Yuichiro mengerti isi hati isterinya itu Percubaan Kesembilan: Percutian di Atami Ulang tahun perjumpaan keluarga Arai telah dekat. Kali ini mereka semua mula merancang untuk memikirkan destinasi pilihan pada kali ini. Yuichiro yang baru sahaja memasuki keluarga itu amat gembira apabila mengetahui yang mereka sekeluarga akan pergi bercuti berama-ramai. Dia mula merancang untuk pergi ke sebuah hotel dan meraikan harijadi bapa mertuanya itu. Dia berangan-angan mahu memancing bersama keluarga, mandi spa dan sebagainya. Namun dia dikatakan bodoh oleh ketiga-tiga kakak iparnya. Dia di suruh oleh Kaede supaya menjaga rumah kerana jikalau Sakuraba Yuichiro ikut sekali segala rahsia mereka akan di ketahui.Akhirnya mereka semua dapat mencapai kata putus iaitu meraikannya di Hotel Atami kerana itu merupakan hotel kepunyaan suami Kaede.Mereka semua amat gembira semasa mandi spa. Dan disini banyak kejadian lucu terjadi apabila Yuichiro berkelakuan seperti kanak-kanak apabila berenang dengan menggunakan pelampong. Akhirnya , semasa mereka meraikan harijadi bapa Sakura satu pertengkaran kecil terjadi antara Kaede dan juga Satsuki dan akhirnya Satsuki terkeluar kata mengenai parut di tangan Sakura.Semua menjadi senyap seketika.Yuichiro mula menyoal bapa mertuanya itu tentang peristiwa di sebalik parut itu dan mertuanya itu enggan bercerita lalu beredar keluar. Sakura sering menyalahkan dirinya kerana menganggap dialah punca abangnya keluar dari rumah. Kaede meminta Yuichiro pergi menemani bapanya itu kerana mungkin dengan anak lelaki dia akan senang bercerita.Akhirnya, mertuanya itu menceritakan perihal tersebut. Bagaimana reaksi Sakura apabila mengetahui perkara sebenarnya
|