Home

SINOPSIS | Sambungan Sinopsis 1 | Sambungan Sinopsis 2 | PELAKON | LIRIK LAGU | KOLEKSI JDORAMA | JDORAMA RINGTONES | GALERI | EMAIL SAYA | BIODATA TOKIO
JDORAMA MUKODONO
Sambungan Sinopsis 2

sambungan sinopsis....


Percubaan Kesepuluh: Rahsia Terbongkar

Suatu pagi semasa mereka semua sedang bersarapan.Encik Hakoda menyerahkan Yuichiro satu envelope berisi sebuah majalah yang menyiarkan tentang ceritanya beserta gambarnya bersama Sakura sedang berkucupan mesra di dahi. Yuichiro terkejut dengan berita itu. Rupanya Masaki (abang kepada Sakura) telah menjual photo itu ke pihak media yang ingin menjatuhkan karier seni Yuichiro. Majalah itu juga menyiarkan sekali rumah hadapan keluarga Arai dan menyebabkan paparazi mula berkumpul di hadapan rumahnya sejak awal pagi. Nampaknya kesemua ahli keluarga Arai tidak boleh keluar rumah. Telefon mula berdering-dering dan juga telefon bimbit masing-masing mula berbunyi. Kesemua kawan-kawan mereka menanya hal yang sama. Mengapa Sakuraba Yuichiro boleh berada di rumah mereka. Sakura dan Yuichiro meminta agar mereka tidak memberi sebarang komen kepada kesemua pertanyaan mereka. Akhirnya mereka mempunyai jalan penyelesaian iaitu dengan menyamar diri dengan memakai kostium maskot panda dan arnab.Pihak media yang telah menyedari tentang maskot-maskot itu dengan pantas mengejar maskot-maskot berikut.Akhirnya mereka mendapati, orang yang di dalam maskot tersebut bukanlah Sakuraba Yuichiro dan perempuan yang di dalam gambar itu.Rupanya yang menyamar sebgai maskot ialah bapa mertuanya dan Ryo.Yuichiro berjaya menyelinap ke hotel dan segala kerjanya termasuk temuramah bersamanya terpaksa di tangguhkan. Dan banyak syarikat ingin menamatkan kontrak dengannya. Yang paling merisaukanTakuro dan Hako ialah filem yang di laburkan oleh Takuro terpaksa di berhentikan pembikinannya. Mereka bercadang ingin mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan keadaan sebenar dan juga memberitahu perkara yang sebenarnya kepada pihak media dan peminatnya. Yuichiro akhirnya mengetahui bahawa orang yang bertanggungjawab mendedahkan rahsia mereka ialah abang nya sendiri dan ini menyedihkan lagi Sakura.Akhirnya Yuichiro menjemput Masaki datang ke Syarikatnya kerana ingin mengetahui mengapa abangnya itu berbuat demikian. Dan abangnya mengaku apayang dialakukan adalah berkaitan dengan wang.Kemudian telefon bimbit Yuichiro pun berbunyi dan dia terkejut mendapat berita yang tsutomu di masukkan ke hospital kerana menghidapi penyakit yang agak serius dan berita ini didengari oleh Masaki. Keesokkan harinya berita tentang Tsutomu tersiar dan dikatakan menghidap penyakit yang serius akan menyebabkan kematian. Oleh kerana terlampau geram,Yuichiro mula berlari menuju ke pejabat majalah di mana Masaki bekerja dan dia mula berang dan menumbuk Masaki berkali-kali sambil bertanya mengapa berbuat demikian kerana itu merupakan keluarganya sendiri. Dan tanpa di duga, tindakkan Yuichiro itu mengundang padah baginya apabila dua orang security guard mula menggari tangannya Apa jadi pada Yuichiro,bagaimana kariea seninya.


Percubaan Kesebelas: Berakhirnya Karier Seni Sakuraba Yuichiro??

Yuichiro di lepaskan dengan ikat jamin daripada Hakoda. Karier seninya mungkin diambang kehancuran kerana tindakan tanpa berfikir panjangnya itu. Kelihatan Yuichiro lemah tak bermaya apabila dia terpaksa di masukkan ke penjara.Kesnya dibincangkan dan sering diperkatakan. Ramai yang menuduhnya artis ganas kerana memukul wartawan. Yuichiro hilang semangat dan kekuatan diri. Dia hanya mampu duduk diam terpaku dan menonton tv yang sedang membincangkan perihalnya. Dia tidak mahu menjawab panggilan daripada Sakura. Kaede dan Ryo pergi ke tempat Masaki bekerja dan meminta alamat Masaki agar mereka boleh pergi berbincang dengan Masaki namun tidak di beri oleh pengarang majalah itu. Tsutomu semakin hari semakin bertambah teruk dan kesemua mereka merahsiakan perkara itu dari openegtahuan Azusa. Hako dan Takuro bercadang memberikan cuti kepada Yuichiro agar dia dapat memulihkan semula semangatnya. Hako cuba menolong Yuichiro dengan memandikannya dan juga memakaikan baju padanya dan cuba memulihkan semula semangatnya dengan berkata bahawa dia tidak akan biarkan Karier seni Yuichiro musnah. Akhirnya Azusa mendapat tahu perkara itu dengan membaca surat khabar, dan akhirnya melenting kemarahan. Dia mula menyalahkan Sakura dan Yuichiro dalam hal nie. Dia mula menjadi tidak tentu hala sambil meraung dan cuba ditenangkan oleh bapa Sakura.Seteleh bermacam perkara terjadi Sakura mula memikirkan tentang perhubungan antara dirinya dan Yuichiro. Dia menganggap keputusan berkahwin dengan yuichiro merupakan satu tindakkan yang silap kerana menyebabkan ramai yang menderita. Apakah keputusan yang akan dia ambil oleh Sakura. Bagaimana dia mahu memberitahu pada Yuichiro tentang keputusannya itu.


Percubaan Terakhir: Bersatu Semula

Sakura dan Yuichiro merancang untuk bercerai dan Yuichiro terpaksa berpindah keluar dari keluarga Arai. Ini merupakan keputusan yang paling menyedihkan bagi Yuichiro. Mungkin dengan cara ini sahaja karier seninya dapat di selamatkan. Takuro akhirnya memberikan cadangannya agar Sakuraba Yuichiro mengadakan konsert livenya untuk kemunculan pertama kalinya selepas berbagai perkara yang terjadi yang hampir menggugat karier seninya. Acara itu akan diadakan di sebuah dewan tertutup dimana di situlah pertama sekali Yuichiro mula mengadakan persembahan semasa diawal kemunculannya dahulu. Tapi Yuichiro berasa mungkin tiada seorang peminat pun yang akan hadir di hari konsertnya itu jadi Hako meminta pertolongan daripada Satsuki dan Ketuanya agar menyiarkan konsert itu secara langsung melalui rancangan radio. Oleh kerana mereka perna bekerjasama sebelum ini, ketua Satsuki pun beretuju untuk mengadakan siaran langsung itu. Dalam masa yang sama, Kaede mula berbaik-baik semula dengan suaminya (Taichi) kerana suaminya itu datang memberikan semangat dan galakkan kepadanya semasa mereka semua menghadapi masalah. Ryo merupakan orang yang paling gembira sekali kerana mengetahui kedua ibu bapanya itu sudah berbaik-baik. Tsutomu mula menjalani pembedahan apabila berjaya menemui penderma. Azusa menerima satu bungkusan semasa di hospital. Dia membukanya dan baru mengetahui bungkusan itu di berikan oleh Yuichiro.Dalam bungkusan itu, ia mengandungi apucuk surat dan juga satu buku kecil berisi lukisan yang di lukis sendiri oleh Yuichiro khas buat Tsutomu. Dalam surat itu, Yuichiro memberitahu walaupun dia tidak berada di Hospital namun ingatannya tetap berada pada Tsutomu. Kata-katanya amat menyentuh hati Azusa. Azusa mengucapkan terima kasih sambil air mengalirkan air matanya. Akhirnya penderma kepada Tsutomu di ketahui, rupa-rupanya Masaki. Setelah di ketahui oleh bapa sakura dan Sakura yang kebetulan berada di situ. Mereka akhirnya bertemu. Masaki menceritakan bahawa Yuichiro setiah hari memintanya untuk pergi membuat medical checkup. Dia memberitahu bapanya bahawa dia menyesal dengan perbuatannya terhadap ibunya dahulu dan dia mengakui yang dia ada pergi semasa hari pengkabumian ibunya itu. Bapanya memaafkannya dan menjemputnya pulang ke rumah semasa ulangtahun kematian ibunya sekali dalam setahun dan dia bersetuju.
Yuichiro akhirnya mengadakan persembahan pada hari yang ditetapkan. Malangnya hanya sebilangan kecil sahaja yang datang. Semasa lagu di mainkan, Yuichiro tidak dapat menyanyi lalu meletakkan semula gitarnya itu. Dia mula memikirkan segala kata Takuro bahawa dia boleh berkongsi perasaan bersama peminat-peminatnya. Dia mula meluahkan segala isi hatinya kepada peminat-peminatnya. Dia memberitahu tentang perihalnya dengan Sakura dan Kleuarga Arai dan juga impiannya untuk mempunyai sebuah keluarga bahagia. Akhir sekali dia tunduk dan memohon maaf kepada peminat-peminatnya kerana tidak berlaku jujur kepada mereka. Sambil menangis dia menceritakannya. Dan tanpa di duga, beratus peminat perempuannya mula meluru masuk ke dewan itu. Dewan yang tadi kosong kini di penuhi oleh ratusan peminatnnya yang memberi sokongan kepadanya semula. Dan ini telah menaikkan semangat Yuichiro semula. Lagu di pasangkan semula dan kali ini Yuichiro dapat menyanyikannya semula lagu yang berjaya mempopularkan dirinya Hitoribochi No Haburashi. Akhirnya konsertnya itu berjaya. Dia berada di atas pentas yang baru sahaja kosong. Dengan seluar sukan dan sweater nya dia kembali menjadi Yuichiro yang biasa. Tiba-tiba Satsuki datang dan membuka lampu dan kelihatan Keluarga Arai berada di situ. Kelihatan Sakura juga datang. Dia dengan lantang meminta Sakura berkahwin dengannya semula dan kali ini tiada hal yang patut di sembunyikan lagi. Sakura membalas pelawaannya dengan berkata okairi dan ahli keluarga yang lain juga berkata demikian satu persatu. Dan yang paling bermakna sekali bila bapa mertuanya berkata Di mana lagi aku akan berjumpa dengan anak menantu yang baik sebegini Lalu Yuichiro mengalirkan airmata dan Sakura berlari memelukknya. Akhirnya yuichiro berpindah semula ke keluarga Arai dan menjadikan keluarga itu meriah semula seperti biasa.^_^

Selesai

mukadono.jpg

mukadono.jpg