Home

SINOPSIS | Sambungan Sinopsis 1 | Sambungan Sinopsis 2 | PELAKON | LIRIK LAGU | KOLEKSI JDORAMA | JDORAMA RINGTONES | GALERI | EMAIL SAYA | BIODATA TOKIO
JDORAMA MUKODONO
SINOPSIS

SINOPSIS MUKODONO

mukadono.jpg

Description:
Seorang penyanyi terkenal yang menjadi bintang pujaan setiap gadis di Jepun ingin berkahwin dengan seorang wanita biasa dan ingin menjalani kehidupan yang serba sederhana bersama ahli keluarga gadis itu.. Dapatkah Sakuraba Yuichiro
melaluinya tanpa menyakiti hati peminatnya?? Dan dapatkah Sakura hidup bersama bintang pujaan setiap gadis di Jepun ??? Untuk korang lebih memahaminya sila baca sinopsis di bawah:

Percubaan Pertama: Perjumapaan Keluarga

Sakuraba Yuichiro merupakan seorang penyanyi pop yang semakin popular di Jepun ketika ini.Dengan wajahnya yang kacak serta berpewatakkan cool, dia berjaya menawan hati remaja perempuan di Jepun. Tambahan pula lagunya Hitoribochi No Haburashi sering di putarkan di corong-corong radio menambahkan keglameran dirinya. Hanya seorang gadis sahaja berjaya bertakhta di hatinya. Perkenalannya yang tidak sengaja dengan Sakura semasa dia berada di Hospital kerana terpaksa menjalani satu pembedahan kecil telah membuahkan bibit cinta antara dirinya dan gadis manis itu.Namun perihal hubungan mereka terpaksa di sembunyikan dari pengetahuan peminat-peminatnya yang fanatik. Apabila Yuichiro mengambil keputusan untuk memperisterikan Sakura, segala masalah mula timbul. Dia terpaksa mengambil hati bapa Sakura yang sedikit kolot dan juga ahli keluarga Sakura yang lain. Bagaimana dia melaluinya apabila terlewat menghadiri jemputan makan yang pertama buat dirinya . Apakah reaksi bapa Sakura serta kakak-kakak Sakura yang lain.


Percubaan Kedua: Hawaii

Akhirnya Sakuraba Yuichiro berjaya mendapat persetujuan daripada bapa Sakura untuk mengahwini anank perempuannya itu. Tetapi dia telah di beri satu syarat oleh syarikat rakamanya iaitu segala hal yang berkaitan Sakura terpaksa di rahsiakan daripada pengetahuan umum. Jadi dengan itu dia terpaksa masuk keluarga Sakura dengan menggunakan nama Keluarga Arai sebagai namanya. Semasa Yuichiro baru pinda ke dalam keluarga Sakura, dia terpaksa mengikuti berbagai peraturan yang telah di tetapkan.
Nampaknya Sakuraba Yuichiro mula menyukai kehidupanya sebagai orang biasa. Antara peraturan yang terpaksa di hadapi olehnya ialah membuang sampah dan juga membersihkan bilik air selepas mandi. Oleh kerana dia masih baru dalam keluarga Arai berbagai masalah yang telah timbul disebabkan dirinya antaranya ialah dia telah terbuang lucky draw coupon dan menyebabkan Kaede menjadi berang kehilangan benda yang telah lama dikumpulkannya. Yuichiro dan Sakura juga menyedari bahawa majlis perkahwinan mereka belum lagi di adakan dan perkahwinan mereka juga belum lagi didaftarkan. Nampaknya perkahwinan mereka terpaksa di adakan di luar Jepun dan mereka merancang mengadakannya di HawaiiUntuk mengambil cuti selama empat hari Yuichiro terpaksa menyudahkan kerjanya sambil merangka segala acara selama empat hari mereka di Hawaii dapatkah mereka sekeluarga ke Hawaii


Percubaan Ketiga: Tsutomu

Yuichiro dan Sakura akhirnya berkahwin dengan mendapat restu daripada kesemua ahli keluarga Sakura. Perkahwinanya disaksikan oleh Pengurusnya. Untuk mengambil hati ahli keluarga barunya itu, Yuichiro cuba mendekati mereka satu persatu. Yuichiro mendapat tahu bahawa Tsutomu sering dibuli rakan sepermainan kerana dia tidak tahu menunggang basikal dan sering di ejek perempuan .Bagi mereka jikalau budak lelaki tidak tahu menunggang basikal mereka menganggapkannya sebagai perempuan. Yuichiro cuba memberikan pertolongannya dengan membelikan sebuah basikal dan dihadiahkan kepada Tsutomu dan berjanji akan mengajarnya menunggang basikal itu. Namun disebabkan wartawan berjaya menyiarkan gambarnya bersama Sakura, dia terpaksa mengadakan satu sidang akhbar bagi menafikan berita itu. Oleh kerana itu dia telah terlupa akan janjinya kepada Tsutomu. Azusa yang bimbangkan Tsutomu terus memarahi Yuichiro kerana memberi janji palsu kepada anaknya itu. Namun Yuichiro menafikannya dan berjanji kepada Tsutomu sekali lagi bahawa dia akan menunggu Tsutomu tiap-tiap hari, hingga Tsutomu memaafkan dirinya itu. Setelah berhari-hari menunggu.. adakah akhirnya Tsutomu memaafkan dirinya..


Percubaan Keempat: Satsuki

Rahsia Satsuki membeli sebuah apartment dan merancang untuk berpindah keluar akhirnya terbongkar apabila beberapa keping gambarnya semasa berada di apartment barunya itu terjatuh dan dijumpai oleh Tsutomu. Pertengkaran kecil berlaku antara Satsuki dan ahli keluarganya dan menyebabkan bapanya naik berang dan mengarahkannya keluar daripada rumah itu. Program rancangan radio terbitannya itu mengalami masalah apabila seorang artis muda membuat perangai menyebabkan rancangan yang sepatutnya keudara tepat pada masa menjadi lewat hanya kerana mahu mencantikkan wajahnya yang sedia tidak cantik itu. Antara mereka mula bertekak dan mengakibatkan artis itu merajuk dan memutuskan tidak mahu muncul dalam rancangan live nya itu.Akhirnya Satsuki di marahi oleh ketuanya dan menyuruhnya pergi memohon maaf kepada artis itu atau dia diberhentikan kerja. Dengan berat hati dia terpaksa juga pergi memahon maaf.Namun artis itu sengaja menegnakan dirinya menyuruhnya melutut di lantai dan memohon maaf kepada dirinya yang lebih muda.Yuichiro nampak apa yang berlaku lalu diceritakan kepada keluarganya yang lain. Akhir sekali, Satsuki terpaksa menggunakan khidmat adik iparnya itu,Sakuraba Yuichiro lalu memutuskan untuk meminta persetujuan Tak-chan ( Ketua Yuichiro) namun malang nasibnya apabila Yuichiro terpaksa menjalani rakaman video klip muziknya di Fukuoka. Akhir sekali dapatkah Satsuki menyelamatkan karieanyer sebagai penerbit rancangan radio.

Sambungan Sinopsis 1

Favorite Episode

Kalau korang nak tanya aku,part mana yang paling aku suka skali..ermm,aku suka part di mana Yuichiro baru nak menyesuaikan dirinya dengan keluarga barunya tue..apa saja yang di lakukan pasti menimbulkan masalah.Hee..heee.. kelakar tul.Lagi satu part, aku suka semasa keluarga Sakura nak menyambut birthday bapak Sakura dan mereka semua telah memilih Atapi sebagai destinasi pilihan untuk mandi spa.Cute benor maser si Yuichiro tuh naik pelampong...
ekekekek cam kekanak rebina... heee...heeee...
Korang lak part maner yang paling korang suka??...





mukadono.jpg

mukadono.jpg